✿Sarawak Blogger✿ Ratusan banduan mati kebakaran Penjara Honduras [gambar] - Marvin Mawan

11 Mac 2012

Ratusan banduan mati kebakaran Penjara Honduras [gambar]

Berita mengenai ratusan banduan yang terperangkap di penjara honduras, Ada segelintir daripada kita dah tahu cerita ini melalui berita yang disiarkan melalui media elektronik mahupun bercetak.

Mungkin juga ada dikalangan antara kita yang tak tahu mengenai cerita yang menyedihkan ini. Demi kawan yang belum tahu boy akan berusaha untuk menceritakan balik kisah sedih dipenjara honduras.


Menurut info yang diperolehi seramai 375 banduan disahkan mati terbakar yang menempatkan 800 orang banduan. Di sebabkan api yang marak dan tak dapat dikawal menyebabkan waden penjara tersebut tidak dapat menyelamatkan ratusan banduan, dan meninggalkan banduan tersebut menjerit kesakitan di dalam sel masing-masing.

Kejadian ini berlaku di kira-kira 75 kilometer ke utara negara Tegucigalpa,Honduras. Berdasarkan laporan Reuters, Ketua perkhidmatan Forensik di Comayagua, Lucy Marder berkata, mengikut laporan polis, seorang daripada mangsa yang terbunuh adalah wanita dan yang lainnya lelaki. Tetapi turut menyatakan yang disangka mati mungkin melarikan diri.

Media tempatan melaporkan, ketua bomba Comayagua turut terbunuh dalam kebakaran itu. Insiden kebakaran di penjara ini adalah yang terburuk di Amerika Latin . Tentera,polis dan ahli keluarga bimbang dan berhimpun diluar penjara .

Semoga insiden ini menjadi iktibar kepada kita dan semua Khususnya pihak yang diberi tanggung jawab menguruskan penjara.

Kita kena ingat ni walaupun mereka banduan bukan bermakna kita melayan mereka seperti binatang, mereka pun manusia seperti kita yang mempunyai perasaan

0 comments: